
|
BlackWhite? ![]() Bonjour Guys!. You was stuck in my blog. Do follow and do comment my entry ya. No Haters, Copycats and Anon here. ![]() ![]() ![]() Round-Round ![]() ![]() Borak-Borak ![]() Triangle-Triangle ![]() Skin Made by Aina Hanani Background Founder by Qay Best view in Google Chrome only Cursor by Drikoti & Aina Hanani
| Dia ? iye ! Dialah bakal suami ku
Sunday, May 13, 2012 | 8:57 PM | 6 BlackWhite
MACAM MIMPI , MIMPI YANG MUNGKIN JADI KENYATAAN . SUBHANALLAH..
“ Mak ana
berniat nak tengok nak lihat muka enti “ Aku menghela nafas panjang , mesej
yang baru aku dapat masih terngiang ngiang di fikiran ku.. Aku menggenggam
telefon bimbit ku sambil membaca mesej itu berkali kali .. bukan tidak percaya
namun aku dan dia langsung tidak mengenali satu sama lain . Sedang kan sabtu
ini aku bakal di taaruf oleh seorang lelaki yang sudah pun aku kenal, ustaz
kepada adik adik ku dimadrasah mereka ..
“ bagitahu yang ada orang nak tengok kau
minggu ini, kalau ada jodoh ada lah“
lancar umi berbicara , dalam hati ku agak
terasa, andai aku yang ditempat nya .. perlahan aku memicit butang telefon ku
dan memberitahu dia apa yang umi bagitahu ku .
sent mesej !
Aku menghembus nafas sedih dan duka .. aku tahu dia kecewa, tapi aku yakin
pasti akan ada seorang wanita yang lebih baik dari ku untuk seorang lelaki
sebaik dia .. Dia seorang yang baik, aku terkejut dengan sikap gentleman dia.
Dia bukan mengajak ku untuk bercinta malah berhajat untuk berjumpa dua org tua
ku .. “untung lah wanita yang memiliki
dia “ kata ku dalam hati ..
“ insyAllah
takpe .. ana doa kan yang terbaik untuk enti “
aku seperti tidak percaya , kuat nya dia .. langsung tidak membenci ku ,
malah mendoakan supaya aku dpt yg terbaik .. Sebelum ini aku pernah ditaaruf
oleh kawan nya sendiri , namun jodoh tidak memihak kepada ku . Aku redho , dan
untuk kali kedua aku bakal ditaaruf oleh ustaz yang aku kenal ni .. dalam hati
ku, aku berdoa sebanyak yang mungkin, semoga Allah tetap kan yang terbaik buat
ku..
Hari berlalu
seperti biasa , dan tiba lah hari yang dinanti nantikan oleh ku . Aku sekali
lagi bakal di taaruf .. rasa takut dan gembira bercampur baur , namun dihati
kecil ku terasa amat sedih kerana terpaksa melukakan hati seseorang
Aku yakin
kalau dia seorang lelaki yang baik , dia pasti menerima aku apa adanya . aku
yakin .. kerana status nya sebagai seorang ustaz membuat aku yakin dengan
pandangan nya terhadap ku ..
Ternyata aku
salah, aku ditolak . Terhenti segala apa yang aku impikan sebelum ini .
terhenti segala impian aku .. Aku memunasabah diri ku, apa sebenar nya yang
kurang terhadap diri ini . Terlalu banyak kekurangan rupa nya. Aku perlu
belajar lebih dan lebih lagi. setelah aku membelek diri yang hina ini aku
tersenyum . mungkin terlalu banyak permintaan dalam doa ku . Lalu segera aku
berdoa .. dan mengurang kan segala apa yang aku minta sebelum ini kepada NYA ..
“Ya Allah,
seandai nya hadir seorang adam yang memang berniat untuk menikahi ku .. maka
aku akan terima andai nya dia juga menerima segala kekurangan ku .. maka dia
lah bakal imam ku . insyAllah . Aamiin “ dengan penuh rasa tawaduk aku
bertahajud dimalam hari . aku tahu ujian ini bakal membuat diri ku makin hampir
dengan NYA ..
ALLAH TIDAK AKAN MENGAMBIL SESEORANG DARI KITA TANPA MENGANTIKAN NYA DENGAN YANG LEBIH BAIK . MASYAALLAH ~
“ Ana
ditolak “mesej di hantar .. aku menghela nafas , aku tahu .. aku bagai kan
perigi mencari timba . Perasaan malu bercampur hiba masih difikiran ku. Biarlah
Allah yang menentukan segala nya,aku serah kan 100% ..
“ Ya ukhti,apapun
keputusan lebih manis jika disertai dengan isthikarah “ mesej yang baru
diterima membuat aku semakin kuat .. Aku tahu dia lelaki yang baik.. apalah
sangat dibanding kan diri ini dengan dia . Jauh beza nya ..
“Boleh ana
dengan keluarga dtg minggu depan,insyAllah boleh kan ? “ haaaa ? Aku membaca
berkali kali mesej ini. Mcm tdk percaya..Apa benar mesej yang diterima ini ?
Tidak kecewakah diri nya terhadap aku yang pernah menolak nya demi lelaki lain
? Malu nya aku.. aku menangis seorang diri dikamar ku . Aku salah memilih, aku
tolak lelaki yang salah sebelum ini .. Aku kesal
Malam itu
aku lakukan isthikarah buat pertama kali nya dalam hidup ku, dulu itu silap ku
juga.. krn aku terlalu yakin sehingga kan mesyuarat dengan Tuhan yang Maha Esa
juga aku lupa. Dengan sepenuh hati, aku beristhikarah .. Terasa saat itu , aku
serah kan segala nya pada NYA . terasa hati pilu dan hiba , dia kah imam ku itu
? dia kah bakal abi kepada anak anak ku nanti ? mata ku basah dengan airmata .
tidak dapat dinafikan , dia seorang yang kuat .. dan aku kagum dengan nya ..
aku langsung tidak pernah kenal dengan nya, begitu juga dia..
“ enta dah
buat solat isthikarah ? sejak bila ? “ kami hanya akan bermesej bila perlu.
Kadang kadang 1 minggu sekali ..
“ sejak duluu
lagi, ana rasa seperti ada jodoh . wallahualam “ aku tersenyum membaca mesej nya , setiap apa
yang aku bagitahu nya . pasti di iringi dengan perkataan yang baik baik sahaja
..
“ ana tak
sempurna , ana takut nanti ana kecewa kan enta ... Ana tak pandai, ana tak baik
, ana tak cantik .. bla bla bla bla “
“ tiada lah
yang sempurna melainkan Allah (‘’,) “ sekali lagi hati aku tersenyum, masyAllah
.. apa benar dia akan menerima aku apa
ada nya ?
Hari yang
bakal ditaaruf oleh ku semakin dekat , perasaan sama berulang lagi . ini masuk
kali ketiga, apa lagi ujian yang bakal
di rancang oleh Allah . sebaik baik perancangan adalah dari Allah..
“Allah,
apalagi yang bakal aku lalui selepas ini. Kau redho kan lah hati ku atas apa
yang bakal terjadi selepas ini. Aamiin “ sebanyak mungkin aku berdoa, agar hati
aku yang semakin pulih ini tidak lagi kembali hancur. Allah lah pemegang hati
hati manusia ..
“ Saiz jari
manis enti berapa ? “ Dia belum lagi
melihat ku, sudah bertanya mengenai saiz jari manis ? Aku tak nak berharap dan
aku tak nak memberi dia harapan . Jika kita taknak kecewa berpanjangan maka
jangan kau taruh harapan yang tinggi .. kata kata itu sering mengingat kan ku
atas apa yang pernah terjadi dalam hidup ini ..
Aku berlari
kearah umi . macam mana nak ukur jari ini ? dah la tak pernah ukur.. segera umi
mencapai tali tape dan mengukur jari ku. Aku pun hanya melihat, lain betul cara
nak ukur jari ni “ saiz 6 “ ujar umi lancar .. pelik ! keciik sangat tuh .
Aku pun
dengan yakin terus mesej dia “ saiz jari
manis ana 6 “ .. em, apa dia nak buat dengan saiz jari manis
aku ni ? ..
Hari ini
adalah hari ketiga kali nya aku di taaruuf . Perasaan yang sama bertandang
dihati ini. Aku tetap kuat untuk menghadapi perasaan yang sama tiap kali di
taaruf , bermacam macam perasaan berada di hati ku . hiba dan pilu bila
teringat kembali aku ditaaruf oleh dua lelaki . Ini kali ketiga dan jika dia
juga menolak ku , maka aku putus kan untuk tidak menerima lamaran mana mana
lelaki selepas ini. Tekad ! bisik ku dalam hati .
Langkah kaki
ku perlahan menuju ke arah seorang wanita yang agak berumur, pasti itu ibu nya
. aku duduk bersimpuh dihadapan nya, ternyata benar itu ibu nya. Wanita itu
melemparkan senyuman kepada ku , aku juga begitu. Aku takut dan terasa amat rendah diri
dihadapan mereka semua. .
“ panggil
dia masuk, nak tgk tak ? “ berdebar dihati hanya Tuhan yang tahu. peluh sudah membasahi dahi ku, tak tahu
kenapa rasa ini lain dr yang lain. Aku tak kenal dia, begitu juga dia ..
perlahan dia memasuki ruang tamu dan duduk bersimpuh di sebelah ibunya. Aku hanya melemparkan senyuman , dia langsung
tidak melihat ke arah ku. Aku pelik .
Dengan sekali
imbas dia melihat ku dan menunduk kan pandangan nya . MasyAllah, itu yang
terucap di mulut ku. Aku kagum , dia tidak seperti lelaki yang sebelum ini
melihat ku. Mereka pasti mengambil kesempatan untuk melihat ku berulang kali.
Tapi dia tidak .. Aku melihat dia mencuit ibunya,aku rasa aku yang melihat dia
dan dia langsung tdk menoleh kearah ku. Mengangkat kan muka juga tidak..
Sampai saat
ini , aku masih dapat rasakan perasaan pelik yang menimpa aku ketika ditaaruf
dia, lain ! Dia lain sangat . Dari aku yang langsung tidak mengenali nya terus
hinggap satu perasaan yang aku dapat rasakan dia lelaki yang baik. Dan untuk pengetahuan kalian , cincin tak
muat . salah bagi saiz . sanggup dia tukar yang baru dan hantar kat aku balik .
Alhamdulillah :’)
kepadamu yang
akan menjadi pendampingku kelak..
Terima kasih
kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk
kau pilih.. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh
dari sempurna.Kerananya ku
ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan.
Labels: cinta tuhan jaga kan dia
Monday, April 30, 2012 | 10:30 PM | 0 BlackWhite
![]()
Tuhan , Mungkin aku bukan yang terbaik untuknya , Mungkin juga aku tidak indah di mata nya , Tolong , Jagakan dia untukku . . Tuhan , Aku terlalu jauh untuk melihat dia , Aku terlalu jauh untuk mencari tahu perihal dia , Tapi dalam hati , Hanya KAU yang tahu , seberapa dekat dia di hati . . Tuhan , Berikanlah dia kesihatan , Kurniakan lah dia kegembiraan , Agar aku juga turut senang melihat nya kelak , Andai KAU izinkan . Tuhan , Dalam hati , hanya KAU yang mengerti , Rasa sakit , rasa rindu , Menahan perasaan yang tidak sepatutnya muncul untuk dia . . Tuhan , Jika benar memang perasaanku ini salah terhadap dia, Kau pudarkan lah rasa ini , rasa yang ada dalam hati , Kerana makin hari rasa itu semakin menebal . . Tuhan , Sekiranya ada hati lain yang layak menerima cinta dia , Kau pertemukanlah mereka segera , Dan bukalah mata hati ku Untuk aku berlalu pergi dari hidupnya . . Tuhan , Begitu sukar menahan perasaan ini , Perasaan yang terpaksa didiamkan , ditahankan , Sesak setiap kali memikirkan nya , Tapi apa lah dayaku tanpa setiap kekuatan dari-MU Tuhan , Andai memang aku tidak mendapatkan keizinan dari-MU untuk memiliki dia KAU lindungilah dia , KAU jagalah dia untukku , Itu cukup buat aku rasa lega dan senang . . Itu cukup buat aku bahagia untuk terus pergi dari hidupnya. KAU permudahkanlah urusannya, agar dia disenangi kelak, agar dia menjadi insan yang berguna untuk keluarga, agama, dan bangsa, agar aku bisa tersenyum melihat setiap kejayaan yang tercipta untuknya. Itu cukup mengantikan perasaan sedih dan sakit yang aku tanggung. Hanya SATU pintaku , JAGAKAN DIA UNTUKKU , YA ALLAH maha Pencipta Perasaan . Amin .. Labels: cinta cinta itu fitrah
Thursday, December 15, 2011 | 2:58 AM | 0 BlackWhite
![]() Cinta Itu Fitrah.. Namun jika sedikit saja kau salah langgkah maka cinta itu akan berubah menjadi Fitnah.. Karena Cinta Allah menciptakan manusia berpasangan.. Karena Allah tahu manusia pasti kesepian jika hidup dalam kesendirian.. Cinta adalah rasa yang Allah hadiahkan kepada manusia agar mereka bisa hidup saling berkasih sayang kepada sesama.. saling membantu kesusahan sesama.. Begitu indah Cinta seorang Ibu kepada anak-anaknya.. Seorang Ibu rela menderita demi kebahagiaan anaknya.. Seorang Ayah rela membanting tulang demi keluarganya... Itu semua mereka lakukan karena cinta... Namun ketika engkau melakukan segala yang dilarang-Nya atas nama cinta??? Tidak kawan.. Itu bukan cinta, Jika kau bilang itu cinta maka kau telah menodai kesucian cinta. Cinta itu menjaga.. Cinta itu menghormati.. Cinta itu melindungi.. Cinta itu tidak menyakiti.... Jika rasa cinta yang kau punya , mengajakmu bermaksiat pada-Nya. Maka berhentilah sejenak dan renungkan.. Benarkah cinta yang mendorongmu melakukan semua itu?? Benarkah?? Bukan teman.. Itu bukan cinta, itu adalah nafsu. Nafsulah yang selalu mengajakmu terburu-buru.. Nafsulah yang selalu menipumu dengan kenikmatan sesaat. Nafsu lah yang tak pernah berfikir apakah tindakan yang hendak kita lakukan akan merusak atau menyakiti. Jika ingin merasakan mencintai dan dicintai maka menikahlah... Jika belum siap maka berpuasalah.. Bersabarlah.. Bersabarlah... Allah bersama orang-orang yang sabar bukan??? Kalaupun kau dapat bersatu dengan kekasih belahan jiwamu di dunia, yakinkah kau akan dipertemukan kembali dengannya di akhirat sana??? Tidak, Tidak kawan.. Jika cinta kita , kita bangun di atas berbagai pelanggaran. Kita akan dipertemukan di kahirat sana dalam keadaan saling bemusuhan.. Karena hanya orang-orang yang bersahabat karena Allah, yang saling mencintai karena Allah sajalah yang akan dipertemukan dan kumpulkan dalam keadaan yang mulia. Maka.. Mari introspeksi diri dan tanyakan kembali dalam hatimu. Apakah alasan kita mencintai dan memilihnya?? Cinta itu perlu alasan,, agar kita tidak mudah dibutakan. Cintailah yang baik agamanya(akhlaknya) agar engkau beruntung. Aamiiin.. Allahumma Aaamiin. Labels: cinta ..andai aku bukan tulang rusuk mu..
Sunday, October 23, 2011 | 11:05 AM | 0 BlackWhite
![]() Assalamualaikum semua ~ kaifa halukum ? ^^, semoga korang semua sihat dan sentiasa diberkati oleh nya . aminn em, cakap pasal JODOH ni . mcm mcm andaian timbul dalam fikiran ni kan ? jadi pada mula pemikiran kita satu je . is ALLAH :) jgn kita pndg remeh soal jodoh , kerana Allah yg memegang sesuatu rencana , andai 10000 manusia sekalian pun menghalang tp tidak buat Allah . maka bersatu lah mereka ^^, ps : ~✿..Maka jika nantinya kita TIADA JODOH, mungkin saya tidak cukup baik untukmu..pasti ada WANITA lain yang LEBIH BAIK untukmu..dan YAKINLAH, jika memang diriku adalah pasangan dari tulang rusukmu, maka tanpa kamu minta untuk tidak BERKENALAN dengan orang lainpun, saya akan TETAP menjadi pendampingmu..kerana saya yakin TULANG RUSUK tidak akan BERTUKAR..(✿◠‿◠)Labels: cinta |