I'm Waiting You
BlackWhite?



[Assalamualaikum,Nuna here. AbuDzarWife's InsyAllah till jannah]

Bonjour Guys!. You was stuck in my blog.
Do follow and do comment my entry ya.
No Haters, Copycats and Anon here.












Round-Round





Story About Links Goodies


Borak-Borak





Triangle-Triangle


Skin Made by Aina Hanani
Background Founder by Qay
Best view in Google Chrome only
Cursor by Drikoti & Aina Hanani
Dia ? iye ! Dialah bakal suami ku
Sunday, May 13, 2012 | 8:57 PM | 6 BlackWhite




MACAM MIMPI , MIMPI YANG MUNGKIN JADI KENYATAAN . SUBHANALLAH..


“ Mak ana berniat nak tengok nak lihat muka enti “ Aku menghela nafas panjang , mesej yang baru aku dapat masih terngiang ngiang di fikiran ku.. Aku menggenggam telefon bimbit ku sambil membaca mesej itu berkali kali .. bukan tidak percaya namun aku dan dia langsung tidak mengenali satu sama lain . Sedang kan sabtu ini aku bakal di taaruf oleh seorang lelaki yang sudah pun aku kenal, ustaz kepada adik adik ku dimadrasah mereka .. 
 “ bagitahu yang ada orang nak tengok kau minggu ini, kalau ada jodoh ada lah“
 lancar umi berbicara , dalam hati ku agak terasa, andai aku yang ditempat nya .. perlahan aku memicit butang telefon ku dan memberitahu dia apa yang umi bagitahu ku .
sent mesej ! Aku menghembus nafas sedih dan duka .. aku tahu dia kecewa, tapi aku yakin pasti akan ada seorang wanita yang lebih baik dari ku untuk seorang lelaki sebaik dia .. Dia seorang yang baik, aku terkejut dengan sikap gentleman dia. Dia bukan mengajak ku untuk bercinta malah berhajat untuk berjumpa dua org tua ku ..  “untung lah wanita yang memiliki dia “ kata ku dalam hati .. 
“ insyAllah takpe .. ana doa kan yang terbaik untuk enti “  aku seperti tidak percaya , kuat nya dia .. langsung tidak membenci ku , malah mendoakan supaya aku dpt yg terbaik .. Sebelum ini aku pernah ditaaruf oleh kawan nya sendiri , namun jodoh tidak memihak kepada ku . Aku redho , dan untuk kali kedua aku bakal ditaaruf oleh ustaz yang aku kenal ni .. dalam hati ku, aku berdoa sebanyak yang mungkin, semoga Allah tetap kan yang terbaik buat ku..
Hari berlalu seperti biasa , dan tiba lah hari yang dinanti nantikan oleh ku . Aku sekali lagi bakal di taaruf .. rasa takut dan gembira bercampur baur , namun dihati kecil ku terasa amat sedih kerana terpaksa melukakan hati seseorang
Aku yakin kalau dia seorang lelaki yang baik , dia pasti menerima aku apa adanya . aku yakin .. kerana status nya sebagai seorang ustaz membuat aku yakin dengan pandangan nya terhadap ku .. 
Ternyata aku salah, aku ditolak . Terhenti segala apa yang aku impikan sebelum ini . terhenti segala impian aku .. Aku memunasabah diri ku, apa sebenar nya yang kurang terhadap diri ini . Terlalu banyak kekurangan rupa nya. Aku perlu belajar lebih dan lebih lagi. setelah aku membelek diri yang hina ini aku tersenyum . mungkin terlalu banyak permintaan dalam doa ku . Lalu segera aku berdoa .. dan mengurang kan segala apa yang aku minta sebelum ini kepada NYA ..
“Ya Allah, seandai nya hadir seorang adam yang memang berniat untuk menikahi ku .. maka aku akan terima andai nya dia juga menerima segala kekurangan ku .. maka dia lah bakal imam ku . insyAllah . Aamiin “ dengan penuh rasa tawaduk aku bertahajud dimalam hari . aku tahu ujian ini bakal membuat diri ku makin hampir dengan NYA ..

ALLAH TIDAK AKAN MENGAMBIL SESEORANG DARI KITA TANPA MENGANTIKAN NYA DENGAN YANG LEBIH BAIK . MASYAALLAH ~


“ Ana ditolak “mesej di hantar .. aku menghela nafas , aku tahu .. aku bagai kan perigi mencari timba . Perasaan malu bercampur hiba masih difikiran ku. Biarlah Allah yang menentukan segala nya,aku serah kan 100% .. 
“ Ya ukhti,apapun keputusan lebih manis jika disertai dengan isthikarah “ mesej yang baru diterima membuat aku semakin kuat .. Aku tahu dia lelaki yang baik.. apalah sangat dibanding kan diri ini dengan dia . Jauh beza nya .. 
“Boleh ana dengan keluarga dtg minggu depan,insyAllah boleh kan ? “ haaaa ? Aku membaca berkali kali mesej ini. Mcm tdk percaya..Apa benar mesej yang diterima ini ? Tidak kecewakah diri nya terhadap aku yang pernah menolak nya demi lelaki lain ? Malu nya aku.. aku menangis seorang diri dikamar ku . Aku salah memilih, aku tolak lelaki yang salah sebelum ini .. Aku kesal 
Malam itu aku lakukan isthikarah buat pertama kali nya dalam hidup ku, dulu itu silap ku juga.. krn aku terlalu yakin sehingga kan mesyuarat dengan Tuhan yang Maha Esa juga aku lupa. Dengan sepenuh hati, aku beristhikarah .. Terasa saat itu , aku serah kan segala nya pada NYA . terasa hati pilu dan hiba , dia kah imam ku itu ? dia kah bakal abi kepada anak anak ku nanti ? mata ku basah dengan airmata . tidak dapat dinafikan , dia seorang yang kuat .. dan aku kagum dengan nya .. aku langsung tidak pernah kenal dengan nya, begitu juga dia..
“ enta dah buat solat isthikarah ? sejak bila ? “ kami hanya akan bermesej bila perlu. Kadang kadang 1 minggu sekali ..  
“ sejak duluu lagi, ana rasa seperti ada jodoh . wallahualam “  aku tersenyum membaca mesej nya , setiap apa yang aku bagitahu nya . pasti di iringi dengan perkataan yang baik baik sahaja .. 
“ ana tak sempurna , ana takut nanti ana kecewa kan enta ... Ana tak pandai, ana tak baik , ana tak cantik .. bla bla bla bla “ 
“ tiada lah yang sempurna melainkan Allah (‘’,) “ sekali lagi hati aku tersenyum, masyAllah .. apa benar dia akan menerima  aku apa ada nya ? 
Hari yang bakal ditaaruf oleh ku semakin dekat , perasaan sama berulang lagi . ini masuk kali ketiga,  apa lagi ujian yang bakal di rancang oleh Allah . sebaik baik perancangan adalah dari Allah.. 
“Allah, apalagi yang bakal aku lalui selepas ini. Kau redho kan lah hati ku atas apa yang bakal terjadi selepas ini. Aamiin “ sebanyak mungkin aku berdoa, agar hati aku yang semakin pulih ini tidak lagi kembali hancur. Allah lah pemegang hati hati manusia .. 
“ Saiz jari manis enti berapa ? “  Dia belum lagi melihat ku, sudah bertanya mengenai saiz jari manis ? Aku tak nak berharap dan aku tak nak memberi dia harapan . Jika kita taknak kecewa berpanjangan maka jangan kau taruh harapan yang tinggi .. kata kata itu sering mengingat kan ku atas apa yang pernah terjadi dalam hidup ini ..
Aku berlari kearah umi . macam mana nak ukur jari ini ? dah la tak pernah ukur.. segera umi mencapai tali tape dan mengukur jari ku. Aku pun hanya melihat, lain betul cara nak ukur jari ni “ saiz 6 “ ujar umi lancar .. pelik ! keciik sangat tuh . 
Aku pun dengan yakin terus mesej dia “  saiz jari manis ana 6 “  ..  em, apa dia nak buat dengan saiz jari manis aku ni ? .. 
Hari ini adalah hari ketiga kali nya aku di taaruuf . Perasaan yang sama bertandang dihati ini. Aku tetap kuat untuk menghadapi perasaan yang sama tiap kali di taaruf , bermacam macam perasaan berada di hati ku . hiba dan pilu bila teringat kembali aku ditaaruf oleh dua lelaki . Ini kali ketiga dan jika dia juga menolak ku , maka aku putus kan untuk tidak menerima lamaran mana mana lelaki selepas ini. Tekad ! bisik ku dalam hati . 
Langkah kaki ku perlahan menuju ke arah seorang wanita yang agak berumur, pasti itu ibu nya . aku duduk bersimpuh dihadapan nya, ternyata benar itu ibu nya. Wanita itu melemparkan senyuman kepada ku , aku juga begitu.  Aku takut dan terasa amat rendah diri dihadapan mereka semua. . 
“ panggil dia masuk, nak tgk tak ? “ berdebar dihati hanya Tuhan yang tahu.  peluh sudah membasahi dahi ku, tak tahu kenapa rasa ini lain dr yang lain. Aku tak kenal dia, begitu juga dia .. perlahan dia memasuki ruang tamu dan duduk bersimpuh di sebelah ibunya.  Aku hanya melemparkan senyuman , dia langsung tidak melihat ke arah ku. Aku pelik . 
Dengan sekali imbas dia melihat ku dan menunduk kan pandangan nya . MasyAllah, itu yang terucap di mulut ku. Aku kagum , dia tidak seperti lelaki yang sebelum ini melihat ku. Mereka pasti mengambil kesempatan untuk melihat ku berulang kali. Tapi dia tidak .. Aku melihat dia mencuit ibunya,aku rasa aku yang melihat dia dan dia langsung tdk menoleh kearah ku. Mengangkat kan muka juga tidak.. 
Sampai saat ini , aku masih dapat rasakan perasaan pelik yang menimpa aku ketika ditaaruf dia, lain ! Dia lain sangat . Dari aku yang langsung tidak mengenali nya terus hinggap satu perasaan yang aku dapat rasakan dia lelaki yang baik.  Dan untuk pengetahuan kalian , cincin tak muat . salah bagi saiz . sanggup dia tukar yang baru dan hantar kat aku balik . Alhamdulillah :’) 
kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..
Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih.. Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.Kerananya ku ingin kau tahu, aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan.



Labels:



Older Post | Newer Post